Saturday, July 30

Manusia itu unik.

Here it is. Lama seyh tak update ini belog. Aku tukar layout. Guna apa yang ada dalam setting blogger ni. Malas nak rumit-rumit. Buat mase ni I dun like all sorts of nuffnang segala, fancy gadgets, cukup sekadar apa yang boleh dilihat kat blog ni. Blog ni sekadar medium untuk meluahkan apa yang terbuku kat otak, bukan kat hati. Parah kalau cerita lebih-lebih tentang apa yang kita rasa. Takut kalau-kalau nanti memakan diri. Oleh sebab itu, aku tukar segala. Tak mahu blog ini nampak bajet comel. Hahaha. Apakah. Well, rasanya tak ada yang kisah pun aku tukar benda-benda dalam blog ni sebab bukan orang tahu pun. Even url pun aku baru tukar. Mana orang nak sedar kewujudan blog aku ni. Heh. Merepek membebel tak habis-habis aku ni. ngeh ngeh ngeh ;)

Sometimes I do have topics to ramble about. Tapi tak rasa nak menaip dan berblogging. Well, aku bukan blogger tegar. Sekadar pengguna internet yang tekun dan comel je. Ahaks! Perasan gilos. Huahuahua!

Okay, today I’ll talk about human. Dalam Bahasa Melayu kita sebut sebagai manusia. Macam yang semua tahu, manusia itu unik dan istimewa. Unik dan istimewa pada aku bukanlah merujuk kepada kelebihan mahupun keburukan. Tetapi kita manusia ini sering menganggap keunikan dan keistimewaan itu suatu kelebihan. Why meyh? Pada pendapat aku, hal ini mungkin disebabkan oleh fitrah manusia itu sendiri yang gemar dipuji dan pantang dipuji. *sape tak suka kena puji kan. pastu mula la nak blushing-blushing bagai. hahaha* Contoh nya macam ni la:

A: Cara ko fikir lain dari orang lain. Terbaik lah!
B: Hehe. Yeke? Tak perasan pulak. I take it as compliment la. *blushing*

Setiap orang ada pemikiran dan pendapat yang tersendiri. Haa. Yang ni memang unik sangat. Kalau kita tengok orang sekeliling, kawan-kawan kita, drama-drama kat tv, the way people respond on something shows different thoughts of people. Kadang-kadang kita akan jumpa orang yang sependapat dengan kita. Yang kita kata sekepala tu la. Ada jugak manusia yang pemikirannya lain daripada yang lain. Kalau pada pandangan aku la, orang macam tu nampak bijak. Tapi ada jugak yang macam annoying. Sebab dia rasa dia smart so dia berlagak. Hahaha. Mulalah aku ni nak out of topic pulak.

Like I said, the way people respond is according to their thoughts. Manusia bertindak berpandukan apa yang dia fikir dan rasa. Maksud aku, apa yang mereka rasa betul. Tapi betul ke tindakan tu? Rasional atau tidak? Kalau kita baca kat newspaper ke, kadang-kadang rasa kelakar sungguh tindakan manusia ni. Membangkang itu ini, gaduh-gaduh perang mulut segala, buka cerita keluarga kat tv *padahal orang tak tanya pun*. Haih, pelik-pelik je. Tapi ye la. Bila kita lihat dari sudut yang lain, kita tak tahu apa yang mereka rasa, apa yang mereka fikir sampai mereka bertindak sedemikian. Like my mom said, hati kita Allah je yang tahu. Ada sesetengah orang pulak, kita boleh agak apa yang dia fikir dan rasa sebab kita boleh nampak apa yang tersirat hanya melalui raut wajah, mimik muka dan body language. Ajaib kan kita manusia ni? Tapi kepelbagaian dalam pemikiran ini ada jugak susahnya. Contohnya; kita susah nak mencapai kata putus mengenai sesuatu kerana setiap orang ada pendapat masing-masing. Payah kan?

ko dapat agak apa aku fikir?

Huuuhhh! Not so serious rambling. But end up sounding so serious. Hah! What the la yang aku merepek meraban ni. Whatever it is, konklusinya adalah, walau apapun yang kita nak buat, pastikan ianya berlandaskan Islam. Be rational. Be positive. Stop being judgmental. Kesian pada pelakunya. Untuk itu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Semua tahu kan siapa dia?

Last but not least, Happy Fasting everyone! Tahun ni Allah beri peluang untuk aku berpuasa sebulan kat rumah dengan keluarga. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kita dapat meningkatkan amal ibadat dan menjadi manusia yang lebih bertaqwa kepada Allah. InsyaAllah. Amin.


Saturday, March 26

serabot mode ON.

Tajuk nak same dgn status Facebook lak minah ni. Huahuahua. Tengah serabut ni weyh. Reason nye: final exam nak start da. Eh, correction. Da start da pun petang tadi. Exam skill. Siap kena lukis-lukis camp site, makanan yang kami-kami consume throughout the camping. Kena pulak kat aku yg xbape nak pandai melukis ni kan. Lukis pokok lagi kecik dari khemah. Haha! Elok pulak x bawak pensel! Bertuah punye budak. Seb baek exam tadi cam sempoi je. Kalo tau, aku pakai selipar toilet je g exam. Haha! Btw, selipar tu chantekkk. Sebab baru lagi. Hehe.

When this tiny little brain keeps thinking on things that it shouldn't think, it is equal to tongue twister! Sedap gak kan ayat ni. Macam aku cakap tadi la. Leh jadi tongue twister. Haha. Merepek lak dak kecik ni. Kecik ker?? Bole la. Sebab aku x bape nak tinggi kan. Ape yang penting? Kecik itu comel. Haha! Oh please. Perasan la pulak kan jelir.

Ade 1, 2, 3....oh, 5 hari lagi for the next paper. Macam lame lagi je kan.. ye tak? Tapi tolong la. Berderet kot. 1, 2, 3 April ade paper. Abah pon dok pelik. Weekend pon ade exam? Dah masuk u kan. Harusla weekend pon ade exam. Eh, ke uia ni je macam itu? Arghh, banyak lak cite aku ni.

Ni jadual exam aku:

1 April: Company Law
2 April: Decision Making & Control
3 April: Advanced Taxation
7 April: Auditing & Assurance Services
11 April: Public Sector Accounting
15 April: Advance Group Accounting

Kena balik lambat la pulak sem ni. Tapi xpe. Cuti 5 bulan kot! Makin bulat la saya hah

All the best everyone especially to all my iium buddies! Jawab exam leklok! Banyak2 kan berdoa ye! Jangan lupa Allah! Pesanan utk diri sendiri juge senyum

Saturday, February 26

Kite bakor!!

Haha. Ok. that was our trademark mase camping recreation last week. I mean, sort of trademark la. Asyik-asyik dok keluar perkataan tu je. Sampai trainer pon dok pakat sebot ayat yang same. But then, it did make our camping became such a memorable one. Penat toksah nak kate la kan. Memang wajib. Sampai hari ni aku still rase penat lagi. Tapi alhamdulillah sakit-sakit badan tu semua dah hilang. Ktorg camping kat Teratak Riverview kt Tg. Malim. Not bad la. Kat sane ktorg masak sendiri. Budak group aku makan sardin n telur je la. Dah tu je yang ade. Nak buek cam mano jang. Tapi sardin mahal kot. Modified2 cket, tambah cili boh, sedap la jadinye (asal cukup rase, pada aku sedap la). Dalam hutan kan, nak expect ape. chicken chop? beef steak? Dapat makan pun dah kire brsyukur. Kan? Kan? :)

Aku suke betol wat activity crossing river with rope. Aku ingat crossing river without rope lg susah. Upenye ade tali lagi susah. Jakun sekejap. Xpernah wat activity gitu kan. Haha. Elok pulak time aku ngah memerah tenaga tarik tali tu, sir aku datang amek gambo pulak. Aku pun secara x sengaja ter posing la pulak. Haha. Xsengaja ok. Tapi gambar masa ngah wat aktivity tu aku xde la pulak. But then, enjoy je la ape yang ade ni. Credit to Naqi's FB :)

pasang khemah.
roti kaya. budak2 group aku sume kebuluran after jln kaki 5km.
Saturday's breakfast. Roti inti hotdog + telur ;)
ini la lauk sardin nye ;p
telur dadar for lunch together with the sardin.
nak balik da.
Tgh tggu turn nak naik jambatan gantung.
Kambing rakus. Besar kot kambing yg tgh brdiri tu. Panorama mase tgh jln kaki nak g kt bas.
p/s: currently at home! and as usual, download n download n download sampai lebam! ;)

Sunday, February 13

It is a random one!

Tiba-tiba rasa nak update blog. Suka hati je kan. Update blog ikut mood. Kalo xde mood tu sampai rasa nak delete blog tau. Haish.. Dah sebulan blog ni suram with no new posts.

Petang ahad yang aman. Xde la panas sangat. Cuaca kat luar sedang elok je untuk beriadah. Tapi aku beriadah depan laptop je la. Xsihat sungguh. Suka betul simpan lemak. Haha. Saje je nak rehat otak. Semua mid term da habis. Hopefully the end results berbaloi la dgn usaha aku. Amin :)

It has been a month since my last post. Few things happen. My grandmother passed away. Sangat-sangat xsangka. I didn't expect it to happen. Tapi ajalnya dah sampai. Siapa kita nak lawan takdir Allah. Apa yang aku mampu lakukan adalah berdoa semoga roh nya tenang di sana dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Last monday adik aku, Mimi register kat SBPI Gombak. Dekat sangat la kan dgn UIA. Kalo k****t pun leh bau (ok..ni tipu. hiperbola je). Haha. Memang aku suruh dia apply sekolah tu. Bole aku jumpa dia selalu. I mean, it is indirectly boleh lepas rindu kt family a. Semalam baru je lepas jenguk dia. Happy je dia. Bagusla tu. Hopefully everything will go smoothly for her. Amin.

I've changed song for this blog. Suka dengar lagu ni. OST for Sejuta Cinta Marshanda yang tgh tayang kat TV3 skrg. Kalo dok kat rumah ni tiap hari bole tengok Baim Wong yang ganteng. Haha. Gatal.

khusyuk dgr lagu mcm Gil Ra Im. *aigoo..addict sgt ngn SG*
Setakat ni je la kot. Another random update by me. ;)

Sunday, January 9

Pendiam.


anda bersalah kerana terlalu pendiam!
Yeah. That's the fact. You are absolutely right with your first thought about me. *sigh*. Tadi before eating, we had a game (EMSS Induction Course). Everyone must give their first impression about each other. So, as expected, mostly said aku pendiam. Mak pun dah banyyaaakkkk kali cakap benda yang sama since aku kecik lagi. Thank God aku boleh survive masa zaman sekolah dulu. I mean masa dok asrama la. Tapi sekarang pun duduk kat hostel gak. And yeah, perangai masih sama. Haha. Nasib badan la.

Aku akui la, banyak disadvantages being silent ni. Salah satunya, kawan x ramai. Sadis kan? Dulu dan kini sentiasa begitu. Bila fikir-fikir balik, cane aku bole survive masa kat SMSK dulu? Susah jugak nak bawa diri dengan perangai pendiam ni. Walaupun aku memang susah nak adapt dengan orang, tapi aku cepat adapt dengan keadaan. But then, kalau kat rumah, aku ni banyak gak cakap. That's why I love being at home. It's because I can talk a lot and argue with my siblings.

Jadi, nak wat cane ni? Apa solution terbaik untuk overcome sifat pendiam aku yang memang sejak azali sungguh menebal dalam diri ni? Kadang-kadang nak gak being talkative, tapi aku ni penyegan yang amat. Aku akan fikir camni; mesti dorang ni pelik sebab aku tetiba banyak cakap. Adoiyai.

Dahla. xtau nak merepek ape lagi ni. Tata and good night wahai blog and readers (kalo ade yg baca lerr). Cettt..

Image: credit to Mr. Google. Bile google image for 'silent', byk gambar2 creepy lak yang keluar. Haish. Rasa ngeri pulak malam2 buta ni.